Menarik
Peniaga gerai makanan dapat perhatian Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan kepada dua orang penduduk Seremban Jaya.
“Penerima pertama Encik R.Ponnuthurai dari Taman Sri Mawar, adalah sebagai khairat kematian anak beliau.
“Penerima kedua pula Encik Adam Buruk dari Taman Seremban Jaya, merupakan sumbangan kewangan untuk membantu beliau menguruskan perbelanjaan kerana gerai beliau rosak akibat ribut dan tidak dibenarkan berniaga oleh pemilik tanah tersebut.
“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu memudahkan urusan mereka,” kata Gunasekaren.
Sumbangan tersebut diberikan di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.