Berita

Penyelaras DUN Linggi ‘buka peluang pekerjaan’ kepada Orang Asal

LINGGI: Pejabat Penyelaras DUN Linggi bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan beberapa syarikat swasta mengadakan temuduga terbuka di kalangan Orang Asal yang layak untuk diambil bekerja dengan syarikat-syarikat yang terlibat.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, temuduga terbuka diadakan di Balai Raya Kampung Palebar Baru yang melibatkan tiga kampung Orang Asal iaitu Kampung Sunggala, Kampung Bukit Kepong dan Kampung Palebar Baru.

“Tujuan program adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada Orang Asal dengan turun sendiri ke perkampungan Orang Asal dan memberi penerangan tentang pekerjaan yang boleh disertai oleh Orang Asal di dalam beberapa bidang pekerjaan.

“Lebih 60 orang terlibat dalam sesi penerangan dan temuduga serta ada yang terpilih untuk bekerja pada kadar segera.

“Terima kasih JAKOA Negeri Sembilan/Melaka di atas inisiatif ini,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button