Berita
Persatuan Malaysia Hindu Sangam terima sumbangan RM600 daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Penyandang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM600 kepada Persatuan Malaysia Hindu Sangam Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu persatuan itu menggunakannya bagi tujuan Pembelajaran Devaram.
“Program ini akan disertai kanak-kanak sekolah yang berbangsa India.
“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan yang dimaksudkan,” kata Gunasekaren.