Berita
Persatuan Saintis dan Usahawan China lawat Negeri Sembilan
SEREMBAN: Persatuan Saintis dan Usahawan Anhui, China telah datang melawat Negeri Sembilan buat pertama kali.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, persatuan tersebut mempunyai ahli lebih daripada 4,000 orang yang terdiri daripada usahawan berprofil tinggi.
“Mereka juga merupakan kapten industri di Wilayah Anhui.
“NS Invest telah mengadakan sesi dialog bersama mereka dan diperkenalkan beberapa aspek sumbangan mereka dalam landskap perniagaan di wilayah mereka.
“Besar harapan saya agar kerjasama erat yang terjalin ini dapat menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.