Pertandingan Bola Sepak Pantai Piala Menteri Besar dapat sambutan
PORT DICKSON: Pertandingan Bola Sepak Pantai Piala Menteri Besar Negeri Sembilan berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 44 pasukan daripada serata negara turut menyertai seperti Kedah dan Melaka.
“Mereka akan berentap bagi merebut hadiah sebanyak RM10,000 untuk tempat pertama, RM7,000 tempat kedua, RM5,000 bagi tempat ketiga dan RM3,000 tempat keempat.
“Selamat berjaya kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.
“Besarlah harapan saya agar pemain dapat bersaing dengan sihat dalam pertandingan ini, Insya Allah,” kata Aminuddin.
Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa.
Turut hadir, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.
Foto: Nabil Syafik