Berita
Pesakit diabetes terima sumbangan kerusi roda dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kerusi roda kepada Encik Sam Won Hoong.
Rusli berkata, Encik Sam mengidap sakit diabetes dan menyebabkan kaki beliau dipotong.
“Oleh itu, sumbangan kerusi roda tersebut diberikan bagi memudahkan pergerakan beliau.
“Sumbangan tersebut diserahkan kepada anak beliau yang mewakili Encik Sam.
“Semoga sumbangan ini akan membantu memudahkan urusan beliau,” kata Rusli.