Berita

Pesakit gastrik kronik terima sumbangan kewangan dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Adenan Sulaiman di Taman Gembira, Gemencheh.

Abd Latif berkata, Encik Adenan Sulaiman mengidap sakit gastrik yang kronik hingga beliau tidak mampu untuk bekerja.

“Oleh itu, sumbangan tersebut diberikan bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarganya,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pegawai Baitulmal, Encik Norhisham dan Pengerusi MPKK Seri Gemencheh, Encik Zulkeflee Mohd Jin.

Show More

Related Articles

Back to top button