Menarik
Pesakit kanser prostat terima katil mudah laras dari Rahman
SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli telah menyumbang sebuah katil mudah laras kepada seorang pesakit kanser prostat, Encik Hashim Idrus, 74, di Felda Serting Hilir 5.
Abd Rahman berkata, Encik Hashim menghidap penyakit kanser prostat dan sakit paru-paru.
“Oleh itu, saya harap agar sumbangan katil boleh laras ini dapat membantu beliau.
“Terima kasih kepada Pegawai Khas Penyelaras DUN Serting, Encik A.Mutalib dan Ahli Majlis Encik Azrin yang menyalurkan maklumat ini kepada saya,” kata Abd Rahman.