Berita
Pesakit kronik terima sumbangan kewangan dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberikan sumbangan kewangan kepada seorang warga emas yang mengidap sakit kronik.
Rusli berkata, sumbangan tersebut bagi membantu warga emas itu menjalani pembedahan.
“Beliau telah datang ke Pejabat Penyelaras dan menjelaskan keadaan beliau.
“Oleh itu, saya berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat mengurangkan beban beliau.
“Saya juga mendoakan agar beliau cepat sembuh,” kata Rusli.