Berita

112 pelajar cemerlang SPM DUN Sikamat terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 112 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DUN Sikamat telah menerima sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata, sumbangan tersebut sebagai penghargaan kepada para pelajar.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat terus memupuk semangat para pelajar untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

“Bagi pelajar yang menerima tawaran menyambung pengajian di peringkat Universiti, anda boleh memohon Bantuan Kewangan Ke IPT menerusi aplikasi telefon pintar N9.Digital atau layari laman sesawang www.n9.digital.

“Bantuan Kewangan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di peringkat Pengajian Tinggi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button