YB Kita

Isu banjir kilat di Tanah Perkuburan Taman PD Utama bakal selesai

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr.G.Rajasekaran telah melawat Tanah Perkuburan Bukan Islam Taman PD Utama bagi meninjau masalah air bertakung yang sering berlaku ketika hujan lebat.

Rajasekaran berkata, beliau seringkali menerima aduan daripada masyarakat setempat, terutama pihak pengurusan perkuburan dan keluarga si mati, mengenai kesukaran menguruskan tanah perkuburan akibat banjir kilat dan air bertakung.

“Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa projek pembinaan sistem longkang Fasa 1 berdekatan Tanah Perkuburan Cina, Taman PD Utama kini berada di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Pada fasa kedua pula, pembinaan longkang di kawasan Tanah Perkuburan Kristian dan India akan dimulakan tidak lama lagi, tertakluk kepada proses tender dan kelulusan peruntukan.

“Manakala Fasa 3 (penurapan dan pagar), perbincangan dengan kontraktor sedang dijalankan untuk memulakan kerja-kerja penurapan jalan dan pemasangan pagar.

“Dengan siapnya Fasa 1 ini, saya yakin ia akan menjadi pemangkin kepada pembaikan infrastruktur lebih menyeluruh di kawasan ini.

“Pemantauan berkala akan dilakukan bagi memastikan longkang berfungsi dengan optimum,” kata Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button