Berita

Mesyuarat BPUNS Bersama ADUN dan Ahli Parlimen BN

SEREMBAN: Tagline ‘Kita Gerak Bersama’ bukanlah sekadar slogan atau riuh rendah sorak semata,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

“Sebaliknya ia merupakan hala tuju dan sebuah semangat kebersamaan dalam sebuah keluarga besar UMNO dan Barisan Nasional.

“Atas prinsip itulah pada hari ini saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (BPUNS) bertemu muka dan berdialog dengan para wakil rakyat Barisan Nasional di Negeri Sembilan.

“Ia sebuah tatakelola rutin bagi mengukuhkan kekuatan kepimpinan parti dan para wakil rakyat yang mewakili parti ini.

“Terima kasih Timbalan Pengerusi Barisan Nasional merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan atas kata semangat dan kebersamaan dalam pasukan,” ujar Jalaluddin.

Menurut Jalaluddin lagi, UMNO Negeri Sembilan tidak akan berhenti dalam usaha mengukuhkan gerak kerja menyantuni rakyat dan mengukuhkan kesetiaan ahli parti.

“Insya Allah UMNO Negeri Sembilan akan kekal bersama rakyat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button