Menarik
Pesakit usus tersumbat terima sumbangan kewangan dari Rebin
PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Roslan di Palong 10.
Rebin berkata, Encik Roslan mengidap sakit usus tersumbat dan telah selesai jalani pembedahan.
“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada beliau.
“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban Encik Roslan.
“Saya berharap agar beliau sihat seperti sedia kala,” kata Rebin.