Menarik

Pesta Parit@Pachitan program erat silaturahim antara penduduk

CHUAH: Program Pesta Parit@Pachitan adalah peluang bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk Kampung Pachitan, Chuah.

Program tersebut merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pachitan dengan kerjasama Persatuan Brotherhood Port Dickson serta Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson.

Lebih 500 pengunjung dicatatkan bagi memeriahkan suasana program tersebut yang dihiasi pelbagai acara menarik seperti memancing, meniti Titian TokMin, ngoca ikan sembilang dan pukul bantal.

Selain itu, terdapat aktiviti cabutan bertuah turut diadakan bagi menghangatkan suasana.

Pihak penganjur turut menyatakan hasrat bagi menjadikan program ini sebagai acara tahunan yang boleh dimasukkan ke dalam ‘Calendar of Event’ (CoE) Negeri Sembilan pada tahun hadapan.

Ini bagi menarik minat pelancong untuk datang ke kampung tersebut dan merasai suasana ini sendiri.

Program ini turut dihadiri Yang DiPertua BAKRIYAH, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye.

Show More

Related Articles

Back to top button