Berita

PH GEM: Program jahitan ‘Saree Blouse dan Punjabi Suit’ di Repah

REPAH: Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah mengadakan Program Jahitan ‘Saree Blouse dan Punjabi Suit’ (Tahap 2) di Bilik Latihan PRT, Taman Indah, Tampin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, tujuan program diadakan adalah untuk memperkasakan golongan wanita di DUN Repah, Tampin.

“Kita berhasrat melahirkan wanita yang berkemahiran dan berjaya dalam bidang jahitan agar boleh menjana pendapatan sendiri.

“Tahniah kepada Puan Leela yang mengendalikan program ini selama lima hari.

“Terima kasih kepada Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon yang memilih DUN Repah bagi mengadakan program ini,” kata Veerapan.

Turut hadir dalam program ini, Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button