Berita

Program Insentif Ramadhan galak kanak-kanak ke masjid

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 83 keluarga asnaf dan 15 peserta Program Insentif Ramadan Kanak-kanak Kariah Masjid Dato’ Klana Petra Sendeng.

Aminuddin berkata, inisiatif ini membabitkan kanak-kanak berumur enam hingga 15 tahun bagi menggalakkan mereka hadir ke masjid.

“Setiap hari, anak-anak yang hadir akan mendapat wang saku. Seramai 62 kanak-kanak telah mendaftar.

“Daripada jumlah tersebut, 15 peserta yang hadir secara konsisten telah dipilih oleh pihak masjid untuk diberi anugerah dan wang saguhati.

“Besarlah harapan saya agar anak-anak ini tertaut hatinya dengan masjid dan seterusnya datang ke masjid dalam bulan-bulan mendatang,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button