Berita

PRU-15 tidak wajar diadakan sekarang: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan ketika ini.

“Sebaliknya tumpuan harus diberikan dalam menyelesaikan masalah dihadapi rakyat terutamanya peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

“Setelah semua rakyat dibantu, kita serahkan kembali kepada mereka untuk menghormati demokrasi.

“Kita tidak mahu nanti, rakyat rasa kecewa dan apabila diadakan pilihan raya umum, mereka tidak keluar mengundi.

“Walaupun begitu, Kerajaan Negeri Sembilan bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya PRU-15 diadakan sebelum tempoh penggal tamat,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button