Berita
Rancangan tebatan banjir Fasa 5 bakal bermula
SEREMBAN: Rancangan Tebatan Banjir Fasa 5 dijangka bakal bermula pada hujung tahun ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan bagi projek ini.
“Projek ini juga akan melibatkan lima kawasan iaitu Rantau ke Ampangan, Sungai Permatang Pasir, Sungai Jelai, Sungai Pedas dan Sungai Linggi.
“Saya berharap dengan adanya projek ini, ianya dapat mengurangkan kejadian banjir di kawasan ‘hotspot’,” kata Aminuddin.