Berita

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik: JALAL

SEREMBAN: Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembelian panik.

“Hal ini kerana ia akan mewujudkan kebimbangan serta menyukarkan orang lain yang tidak mendapatkan bekalan mereka.

“Oleh itu satu program intervensi antara Kerajaan Negeri dan FAMA dengan menjual beras tempatan telah dilakukan.

“Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan membeli sehingga enam beg.

“Sudah tentu terdapat permasalahan kekurangan bekalan beras tempatan.

“Tetapi saya sudah mengarahkan agar pihak FAMA menetapkan bahawa satu keluarga hanya satu beg beras 10kg sahaja.

“Supaya memberikan kesempatan kepada orang lain,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button