Berita
Razali santuni penduduk kurang kemampuan Kampung Bemban
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abd Latif telah turun padang bagi menyantuni penduduk kurang berkemampuan di sekitar Kampung Bemban.
Mohd Razali berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi bertanya khabar serta keperluan mereka yang dikategorikan sebagai asnaf.
“Saya turut memberikan sumbangan bakul makanan yang berisi barangan keperluan asas seperti beras, susu, tepung dan pelbagai lagi.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka,” kata Razali.