Berita
Rusli peka keselesaan pengguna Dewan Orang Ramai Linggi
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi melihat kerja baik pulih sistem lampu di Dewan Orang Ramai Linggi.
Rusli berkata, sistem pendawaian di dewan tersebut sudah lama.
“Oleh itu, saya telah menyediakan peruntukan bagi mereka baik pulih sistem pendawaian serta menukar lampu yang rosak.
“Semoga dengan peruntukan yang diberikan ini dapat memberi keselesaan kepada mereka yang akan menggunakan dewan tersebut,” kata Rusli.