Berita

Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya buka kaunter PADU

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah membuka kaunter sistem Pengkalan Data Utama (PADU) bagi memudahkan warga DUN Seremban Jaya mengemaskini maklumat dalam sistem tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, ramai di kalangan penduduk DUN Seremban Jaya yang tidak mahir menggunakan internet untuk menggunakan sistem tersebut.

“Justeru itu, Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya bersedia membantu penduduk DUN Seremban Jaya mengemaskini maklumat dalam sistem PADU.

“Hari ini sahaja seramai 30 orang warga DUN Seremban Jaya telah berdaftar dalam sistem PADU,” kata Gunasekaran.

Gunasekaran berkata, warga DUN Seremban Jaya juga boleh mendaftarkan maklumat peribadi dalam sistem PADU melalui https://padu.gov.my/auth/daftar atau boleh hadir ke Pejabat DUN Seremban Jaya untuk maklumat selanjutnya.

Matlamat PADU

1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.

3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.

Show More

Related Articles

Back to top button