Berita

“Saya sanjung tinggi jasa para guru,” Aminuddin

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru khususnya di Negeri Sembilan.

Saya amat menyanjung tinggi jasa para guru, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 pada masa kini.

Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak murid tidak ketinggalan dari aspek pendidikan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kekangan. Penggunaan kaedah yang diluar kebiasaan seperti aplikasi Google Meets, Microsoft Teams, malahan media sosial demi mematuhi norma-norma baharu oleh pendidik haruslah dipuji.

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan turut membantu dengan menyediakan ekosistem yang lebih selesa bagi anak murid. Contohnya, Kerajaan Negeri menyalurkan peranti pintar Samsung Galaxy Tab A kepada anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPr) dengan lebih baik.

Pelbagai elaun dan bantuan seperti Bantuan Anak Sekolah (BAS); Bantuan Sekolah Tahfiz, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Swasta; serta Biasiswa Anak Negeri turut disalurkan bagi menyediakan anak-anak murid serta sekolah untuk pembelajaran secara norma baharu.

Besarlah harapan saya agar para guru tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha mendidik generasi yang akan datang.

Teruslah berinovasi dalam memastikan setiap bait ilmu itu dapat disampaikan kepada para pewaris negara, Insya Allah.

‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.

Sekian, terima kasih. Bersih, Muafakat, Sejahtera.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
ADUN Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

16 Mei 2021

Show More

Related Articles

Back to top button