Berita
SK Rembang Panas terima sumbangan kewangan daripada Razali
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah memberi sumbangan kewangan kepada Sekolah Kebangsaan Rembang Panas.
Mohd Razali berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pihak sekolah untuk menjalankan program,” kata Mohd Razali.