Berita

Enam pelajar IPT terima bantuan kewangan dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman menyerahkan Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada enam pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

“Perbelanjaan di IPT agak tinggi dengan bayaran yuran pengajian, kos persediaan untuk asrama, buku-buku rujukan dan pelbagai perbelanjaan lagi.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan dan membantu pelajar ini dalam persediaan ke IPT nanti.

“Tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran. Semoga anda semua akan memperolehi kejayaan di menara gading,” kata Nasir di majlis penyerahan bantuan kewangan tersebut di pejabatnya semalam.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000, Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Show More

Related Articles

Back to top button