Berita

Tuanku Muhriz titah JKR pantau semua projek pembangunan

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah agar Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan sentiasa memantau semua projek pembangunan di negeri ini.

“Beta berpuas hati dengan prestasi perbelanjaan pembangunan yang menunjukkan peningkatan perbelanjaan iaitu sebanyak RM127.23 juta (97.89 peratus) berbanding peruntukan.

“Di sini Beta ingin mengingatkan kepada Ketua-ketua Jabatan terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan agar sentiasa memantau dan memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual dan nilai integriti terus dipelihara.

“Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan ini bukan sahaja menggambarkan kemajuan Negeri Beta, malah yang lebih penting, ia memberi faedah dan manfaat yang dapat dinikmati secara terus oleh rakyat Beta,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian di Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button