Berita

Lebih 93,000 graduan TVET telah dilahirkan

NILAI: Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional (KV) Kementerian Pendidikan (KPM) ke-9 telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melibatkan seramai 10,357 graduan daripada 83 kolej vokasional seluruh negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, telah menyempurnakan majlis ini dan menyampaikan ucaptama.

“KPM terus komited memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 melalui kerjasama strategik dan kurikulum berasaskan industri.

“Sejak tahun 2016, lebih 93,000 graduan telah dilahirkan dengan kadar kebolehpasaran hampir mencecah 100 peratus.

“Tahniah diucapkan kepada semua graduan,” kata Wong.

Show More

Related Articles

Back to top button