Berita
Veerapan turun padang eratkan silaturahim

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah turun padang untuk mengedarkan kuih bahulu serta buah kurma kepada pengunjung Bazar Ramadan Tampin.
Veerapan berkata, aktiviti ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakyat di samping menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
“Inisiatif ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan serta berkongsi rezeki dengan masyarkaat yang mengunjungi bazar menjelang waktu berbuka puasa.
“Suasana yang meriah jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan kemesraan dalam kalangan masyarakat setempat,” kata Veraapan.



