Menarik
Warga emas terima bumbung rumah baharu dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi peruntukan untuk membaik pulih bumbung rumah seorang warga emas di Kampung Sungai Sekawang.
Rusli berkata, sebahagian daripada bumbung rumah tersebut diterbangkan angin ribut.
“Aktiviti baik pulih ini dilakukan secara gotong-royong bersama MPKK Kampung Sungai Sekawang.
“Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini,” kata Rusli.