Berita

Waris pengerusi dan setiausaha MPKK terima sumbangan kewangan

SEREMBAN: Waris kepada tujuh pengerusi dan tiga setiausaha MPKK menerima sumbangan kewangan daripada Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Ismail berkata, tujuh pengerusi MPKK dan tiga setiausaha MPKK telah meninggal dunia pada tahun 2020 dan 2021.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya menzahirkan ucapan takziah kepada kepada waris-waris pengerusi dan setiausaha MPKK di atas pemergian insan yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

“MPPK memainkan peranan penting sebagai pemudahcara dan penghubung antara kerajaan dengan masyarakat setempat dan menjadi perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak yang berkaitan.

“Saya mendoakan semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran dan sentiasa mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah mendahului kita,” kata Ismail.

Ismail berkata, sumbangan ini adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada pengerusi dan setiausaha MPKK yang telah meninggal dunia.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH), YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button