Berita

Yuichi Hirano pemain tengah terbaru dari Jepun

Yuichi Hirano, 29, secara rasmi menyertai skuad ‘Hobin Jang Hobin’ bagi memperkukuhkan pasukan untuk baki saingan musim 2025/2026.

Beliau merupakan graduan dari Universiti Kokushikan, sebuah institusi yang terkenal dengan penghasilan ramai pemain profesional J League sebelum memulakan kerjaya di Mito HollyHock pada tahun 2018.

Kemudian, beliau beraksi di liga utama Jepun iaitu J1 League bersama Urawa Reds dan kemudian Cerezo Osaka.

Kejayaan terbesar beliau ialah memenangi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022/2023 bersama kelab Urawa Red Diamonds.

Hirano pemain tengah yang dikatakan mempunyai IQ bola sepak yang tinggi.

Beliau mempunyai kemampuan untuk melakukan hantaran jauh yang tepat dari kawasan bawah ke bahagian sayap.

Beliau berperanan sebagai deep-lying playmaker yang mengawal tempo perlawanan.

Selain itu, antara kelebihan utama beliau ialah ketenangan ketika memegang bola walaupun diasak rapat oleh pihak lawan.

Beliau jarang melakukan kesilapan hantaran dan sangat efisien dalam mengekalkan penguasaan bola.

Malah, walaupun bukan seorang pemain yang sangat laju, beliau mempunyai stamina yang tinggi untuk melakukan ‘dirty work’ untuk mematahkan serangan lawan dan menutup ruang kosong di hadapan barisan pertahanan.

Secara ringkasnya, Hirano dijangka menjadi watak utama dalam transformasi corak permainan Negeri Sembilan yang lebih mementingkan penguasaan bola dan disiplin taktikal yang tinggi.

Show More

Related Articles

Back to top button