Berita
Zainal buka kaunter pengumpulan bantuan banjir
PERTANG: Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir telah membuka kaunter pengumpulan bantuan banjir di Pejabat Penyelaras DUN Pertang.
Zainal Fikri berkata, barangan bantuan akan dikumpulkan sehingga 29 Disember (Khamis) ini.
“Barangan ini akan dihantar kepada kawasan yang terjejas banjir khususnya di Pantai Timur.
“Semoga usaha murni ini akan meringankan beban mereka yang terkesan,” kata Zainal Fikri.