JELEBU: Seramai 135 peserta Felcra Kerangai Penagoh telah menerima Sijil Saham daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, usaha penyerahan Sijil Saham telah bermula sejak tahun 2022 dan seramai 76 peserta telah menerima sijil saham pada 4 November 2022.
“Kali ini seramai 135 peserta akan menerima sijil saham dan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 211 peserta.
“Pegangan Sijil Saham Felcra ke atas tiga ekar tanah tersebut adalah berbentuk sepanjang hayat.
“Saya berharap peserta dapat memelihara hak pemilikan tersebut dan tidak melaksanakan urusan pindah milik tanpa motif yang jelas,” katanya.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Sijil Saham kepada Peserta Projek FELCRA Kerangai Penagoh Fasa 3 di di Masjid Kampung Kerangai.