Berita

1,431 Isi Rumah Nikmati Manfaat Program Kasih Siswa 2025

SEREMBAN: Majlis Sejahtera MADANI, Pendidikan – Program Kasih Siswa 2025 telah diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Sembilan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek pendidikan terus terpelihara.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun di Dewan Menara MAINS, Seremban.

Beliau menekankan bahawa program ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Inisiatif Sejahtera MADANI di Negeri Sembilan yang bermula sejak November 2025.

Menurut Menteri Besar, program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membantu golongan memerlukan khususnya penerima eKasih dan pelajar yang memerlukan sokongan pendidikan.

“Sehingga kini, seramai 1,431 Ketua Isi Rumah dan ahli isi rumah eKasih telah menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM701,917,” katanya.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Negeri Sembilan (ICU JPM Negeri Sembilan) dengan kerjasama rakan strategik, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Show More

Related Articles

Back to top button