Berita

216 individu terima sumbangan daripada Loke

SEREMBAN: Seramai 216 individu beragama Hindu telah menerima bakul makanan daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, 60 daripada merupakan ahli Persatuan Pemandu Kereta Sewa Veteran dan 156 lagi adalah daripada Persatuan Pengusaha Teksi dan Limosin.

“Sumbangan ini adalah bertujuan menambah keceriaan sempena perayaan Deepavali.

“Semoga ia dapat membantu mereka daripada segi persiapan.

“Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali yang penuh cahaya dan kebahagiaan untuk semua,” kata Loke yang juga merupakan Menteri Pengangkutan.

Turut hadir, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button