YB Kita
22 masjid dan 75 surau terima sumbangan daripada Mohamad

RANTAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah memberi sumbangan kewangan kepada 22 buah masjid dan 75 buah surau.
Mohamad berkata, 10 buah masjid dan 34 buah surau merupakan kariah di dalam DUN Rantau.
“Manakala, lebihannya adalah di bawah kariah DUN Paroi.
“Sumbangan ini adalah bertujuan membantu pihak masjid dan surau untuk melakukan persiapan bagi menyambut bulan Ramadan.
“Sumbangan tersebut juga telah diberikan di Dewan Komuniti Rantau,” kata Mohamad.