BeritaMenarik

477 kontraktor Bumiputera Negeri Sembilan berjaya dapat projek berjumlah RM47.70 juta

SEREMBAN: Seramai 477 kontraktor Bumiputera dari Negeri Sembilan berjaya mendapat projek penyenggaraan jalan Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, cabutan kerja undi peruntukan MARRIS Fasa 1 ini melibatkan sebanyak 477 bilangan kerja di seluruh Negeri Sembilan, yang mana setiap satunya bermilai RM100,000.

“Kos keseluruhan projek-projek ini berjumlah RM47.70 juta.

“Ini merupakan penganjuran program cabutan kerja undi kali ke-12 oleh Kerajaan Negeri Sembilan yang bermula sejak tahun 2020 lalu.

“Inisiatif melalui kaedah ini masih diteruskan kerana saya percaya ia merupakan pendekatan yang telus, adil dan memberi peluang yang saksama kepada semua kontraktor G1 yang berkelayakan di samping merangsang ekonomi negeri khasnya kepada mereka yang berada dalam bidang ini.

“Alhamdulillah, bagi program kerja undi kali ini, sebanyak 2,754 bilangan kontraktor G1 di Negeri Sembilan yang layak menyertai kerja-kerja undi ini daripada 2,828 bilangan kontraktor yang mendaftar di Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah seluruh Negeri Sembilan.

“Untuk makluman, jumlah keseluruhan kontraktor Bumiputra di Negeri Sembilan yang berdaftar di bawah kelas G1 yang masih aktif sehingga kini, ialah seramai 3,940 kontraktor,” jelas Aminuddin.

Program Cabutan Kerja Undi Fasa 1 Tahun 2025, Penyelanggaraan Jalan Di Bawah Peruntukan MARRIS Negeri Sembilan ini telah diadakan di Wisma Negeri, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button