BeritaProgram

637 peneroka Felda Raja Alias 1 & 2 terima geran tanah

JEMPOL: Seramai 637 peneroka Felda Raja Alias 1 & 2 menerima hak milik tanah daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Isnin.

Aminuddin berkata, seramai 329 orang peneroka dari Felda Raja Alias 1 dan 308 orang peneroka dari Felda Raja Alias 2 menerima geran tanah.

“Besarlah harapan saya agar para peneroka yang menerima geran pada hari ini sentiasa bertanggungjawab dalam melunaskan bayaran cukai tanah.

“Ini kerana cukai tersebut bakal digunakan untuk tujuan pembangunan negeri.

“Di samping itu, saya juga berharap agar para peneroka berjaga-jaga dengan ancaman scammer yang sentiasa cuba mengambil peluang menipu para peneroka terutamanya dalam keadaan harga hasil semakin meningkat.

“Janganlah kita leka sehinggakan hasil titik peluh menjadi habuan scammer,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button