Program

Simulasi Sidang DUN Wanita Negeri Sembilan 2021

  1. Power House Wanita Gemilang (PH GEM) akan mengadakan Simulasi Sidang DUN Wanita Negeri Sembilan 2021 pada 29 Ogos 2021 yang merupakan julung kali diadakan di Negeri Sembilan.
  2. Kerajaan Negeri lain seperti negeri Perak dan Selangor pernah mengadakan Sidang DUN Belia namun, penyertaan untuk sidang tersebut terdiri daripada orang awam, kakitangan jabatan dan agensi.
  3. Berbeza dengan Simulasi Sidang DUN Wanita Negeri Sembilan 2021 yang bakal diadakan ini yang mana PH GEM lebih menumpukan kepada golongan wanita sahaja (Penyertaan peserta 18 tahun ke atas).
  4. Tujuan utama simulasi ini diadakan adalah sebagai proses pemilihan kepimpinan wanita untuk mengecapi menjadi seorang ADUN dan memberi pendedahan bagaimana sidang DUN berlangsung. Selain itu, dapat mencungkil bakat para wanita di Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
  5. Peserta akan menimba pengalaman sebagai pemimpin yang mewakili konstituensi masing-masing supaya dapat memupuk minat dalam penglibatan politik.
  6. Peserta diberi peluang membahaskan isu serta mengembangkan idea bukan sahaja mengenai penglibatan masyarakat dalam hal kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita tetapi paling penting adalah untuk membina kepimpinan wanita dalam aspek pembangunan negeri dan tadbir urus yang baik. Ini sebagai langkah persediaan untuk melibatkan lebih ramai pemimpin wanita dalam hal ehwal negara.
  7. Permohonan untuk menyertai Simulasi Sidang DUN Wanita Negeri Sembilan 2021 dibuka pada 25 Mac 2021 sehingga 25 Mei 2021 melalui e-flyer (terdapat barcode yang perlu diimbas untuk mengisi borang dalam bentuk google form).
  8. Syarat yang ditetapkan untuk menyertai Simulasi Sidang Wanita Negeri Sembilan 2021 adalah :-

a) Warganegara Malaysia ( Wanita ) berumur 18 tahun ke atas;
b) Minat dalam agenda wanita, keluarga dan kebajikan;
c) Sedia menyahut cabaran.

9. Peserta akan menjalani dua proses saringan. Saringan pertama pada 5hb sehingga 9hb
Jun 2021. 10 orang akan dipilih mengikut kawasan parlimen masing-masing iaitu
Seremban, Rasah, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson, Jempol dan Tampin.

10. Seterusnya saringan kedua akan dijalankan pada tarikh 22hb sehingga 24hb Jun
2021. Hanya lima orang yang akan dipilih mengikut parlimen berkenaan dengan jumlahnya 40
peserta dari semua parlimen dan melalui tapisan terperinci seperti yang dinyatakan di
atas.

11. Seramai 24 orang peserta yang terpilih dari semua parlimen berkenaan akan
mengikuti Simulasi Sidang DUN Wanita Negeri Sembilan 2021 pada 29hb Ogos 2021
yang mana peserta akan diberikan peranan sebagai wakil rakyat bagi membawa dan
membahaskan isu-isu di kawasan DUN masing-masing dan 16 orang menjadi simpanan.

12. Saya menyeru agar lebih ramai wanita tanpa mengira latar belakang politik, agama,
bangsa, sosial dan pekerjaan akan tampil ke hadapan untuk menyahut cabaran ini kerana
ini adalah peluang keemasan untuk diberi pendedahan berkenaan proses persidangan
DUN dengan harapan lebih ramai wanita akan melibatkan diri dalam bidang politik dan
menaikkan peratusan representasi wanita.

Sekian, terima kasih.

YB Puan Nicole Tan Lee Koon
Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan
ADUN Bukit Kepayang

Show More

Related Articles

Back to top button