BeritaMenarik

Ahmad Faez santuni masyarakat Orang Asli Kampung Tekir

LABU: Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Rasah Negeri Sembilan, Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Universiti Malaya dan Yayasan Negeri Sembilan telah mengadakan program ‘Masyarakat Proaktif, Mahasiswa Progresif’ di Kampung Orang Asli Tekir.

Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak berkata, program ini diadakan bagi menyantuni dan membantu masyarakat Orang Asli di Kampung Tekir.

“Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan adalah ‘Ziarah Kasih rumah ke rumah’, membaiki bumbung rumah yang rosak, servis motosikal percuma, pertandingan sepak takraw, perlawanan persahabatan bola sepak, acara sukaneka kanak-kanak dan aktiviti menyumpit.

“Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.

“Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi ikatan sillaturrahim sesama kita,” kata Ahmad Faez.

Show More

Related Articles

Back to top button