Berita

Air sungai Kampung Chuah tercemar

CHUAH: Air sungai di Kampung Chuah didapati tercemar pada pagi semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata, perkara disedari selepas beliau mendapat aduan daripada penduduk sekitar.

“Apabila sampai, saya mendapati bahawa warna air bertukar menjadi kehijauan dan mengeluarkan bau kurang senang.

“Oleh hal yang demikian kami telah menghubungi Jabatan Alam Sekitar untuk mengambil sampel bagi mengetahui jenis bahan buangan bagi tindakan selanjutnya.

“Saya juga memohon agar pihak tidak bertanggungjawab hentikan kegiatan ini supaya sumber air dan hidupan lain tidak terjejas,” kata Yew.

Show More

Related Articles

Back to top button