Aminuddin Hadir Majlis Istana Terbuka, Santuni Rakyat Sempena Aidilfitri
SERI MENANTI: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Bin Harun hadir memeriahkan majlis Istana Terbuka Aidilfitri yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti hari ini.
Majlis tersebut diadakan bersempena sambutan Aidilfitri dan turut dihadiri ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.
Terdahulu, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira seribu umat Islam di Masjid Diraja Tuanku Munawir sebelum berangkat ke majlis berkenaan.
Menurut Aminuddin, penganjuran Istana Terbuka itu memberi peluang kepada rakyat untuk mendekati institusi diraja dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra serta menyantuni rakyat Negeri Sembilan yang hadir sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri di Negeri Sembilan.




