Berita

Aminuddin mahu Tanah Adat terbiar dimajukan

Enakmen Tanah Adat bakal dibentangkan dalam Sidang DUN

SEREMBAN: Enakmen Tanah Adat Negeri Sembilan (Luak Tanah Mengandung) bakal dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berhasrat membangunkan Tanah Adat yang terbiar agar ianya dapat memberi manfaat kepada ‘Suku’ masing-masing.

“Saya percaya enakmen ini diluluskan dalam Persidangan DUN akan datang.

“Saya mahu Tanah Adat yang terbiar dimajukan bukan untuk kepentingan Kerajaan Negeri tetapi untuk kepentingan ‘Suku’ mereka sendiri,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button