SEREMBAN: Salah seorang penjawat awam Kerajaan Negeri menyifatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai seorang yang mesra rakyat.
Penolong Jurutera (Awam) dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Muhd Norafizan Wagi berkata, kini memasuki penggal kedua Aminuddin mentadbir Negeri Sembilan dan beliau mendapati Menteri Besar (Aminuddin) telah memperkenalkan banyak inisiatif atau bantuan kepada semua golongan rakyat.
“Contohnya Bantuan Anak Negeri (BAN), Bantuan Anak Sekolah (BAS), Bas Percuma (MyBas), Bantuan Impan Ortopedik dan Hemodialisis, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa, bantuan komputer riba percuma dan TUNS untuk golongan penjaja.
“Pelaburan juga banyak masuk ke Negeri Sembilan.
“Apabila Menteri Besar membuat lawatan ke jabatan-jabatan, beliau sentiasa meminta maklum balas untuk membuat penambahbaikan.
“Saya nampak komunikasi Menteri Besar dengan rakyat juga mesra,” kata Muhd Norafizan.
Norafizan ditemui Negeri Kita selepas Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.