BeritaMenarik

Negeri Sembilan tawar lebih banyak rumah mampu milik

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan kini menawarkan lebih banyak Rumah Mampu Milik untuk rakyatnya.

Itu kata seorang penjawat awam Kerajaan Negeri apabila ditemui Negeri Kita selepas Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Ketua Pembantu Tadbir di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Normarliza Mutalib berkata, banyak penambahbaikan yang Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah buat dalam tempoh dua penggal ini.

“Penjawat awam juga memerlukan kediaman sendiri dan saya melihat Kerajaan Negeri kini menawarkan lebih banyak Rumah Mampu Milik.

“Saya nampak Rumah Mampu Milik bukan sahaja ditawarkan di daerah Seremban, malah di daerah-daerah lain di Negeri Sembilan.

“Semua orang mengambil peluang ini untuk memiliki rumah sendiri,” kata Normaliza.

Menurut Normaliza lagi, apabila Menteri Besar mengumumkan pinjaman kenderaan tanpa faedah, ianya sangat membantu penjawat awam menguruskan kewangan.

“Kalau pinjam di bank kena bayar faedah yang tinggi dan ini semestinya memberi beban kepada kami.

“Golongan penjaja pun Kerajaan Negeri beri perhatian dengan menawarkan bantuan geran RM3,000 yang tidak perlu dibayar balik melalui inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

“Kerajaan Negeri juga menyediakan kiosk untuk penjaja dan susun atur penjaja di lokasi yang lebih sesuai.

“Semua golongan masyarakat terbela dengan manfaat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri daripada bayi, pelajar sekolah, mahasiswa sehinggalah warga emas,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button