Berita
200 keluarga terima sumbangan bakul makanan daripada Faizal
LINGGI: Sebanyak 200 keluarga telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli.
“Saya telah menyampaikan 200 bakul makanan kepada pengerusi-pengerusi JPKK dalam DUN Linggi dan DUN Bagan Pinang.
“Pengerusi JPKK akan mengagihkan sumbangan ini kepada keluarga penerima yang layak di kawasan kampung masing-masing.
“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan keluarga terlibat.
“Dalam pada itu, saya juga mengambil kesempatan semasa program penyerahan ini untuk berbincang dan bertanya perancangan serta permasalahan yang timbul di kawasan JPKK masing-masing untuk diambil tindakan atau jalan penyelesaian,” kata Mohd Faizal.