BeritaMenarik

Pendidikan awal kanak-kanak elemen penting dalam proses membesarkan anak

REPAH: Sebuah Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Rumah telah dijalankan di DUN Repah baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam berkata, program ini telah dihadiri oleh 25 peserta berbangsa India daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Latihan vokasional teknikal ini juga adalah sebahagian daripada usaha Malaysian Indian Skills Initiatives (MiSI) untuk meningkatkan daya saing dan peluang pekerjaan bagi komuniti India.

“Mangasuh dan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak adalah satu elemen yang sangat penting dalam proses membesarkan anak-anak yang merupakan aset negara pada masa akan datang.

“Saya berharap MiSI dan Kementerian Sumber Manusia dapat mengadakan program ini di DUN-DUN lain di Negeri Sembilan agar lebih ramai masyarakat India mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” kata beliau.

Veerapan yang merasmikan program ini telah telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MiSI serta Kementerian Sumber Manusia di atas penganjuran program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button