Berita

Aminuddin Raikan Pelajar SPM 2026 SMK Pendeta Za’ba, Tegaskan Peranan Sekolah Sebagai Teras Pendidikan

Seramai 192 pelajar Tingkatan 5 SMK Pendeta Za’ba menerima suntikan semangat daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun yang mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan pada pagi Jumaat disini.

Menurut Aminuddin, pertemuan tersebut dimanfaatkan untuk mengajak para pelajar menetapkan sasaran mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 3 serta 100 peratus kelayakan sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Tok Min memberikan ucapan kepada Pelajar SPM 2026 di SMK Pendeta Za’ba

“Ini bukan sesuatu yang mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu daripada pelajar sendiri, guru sehinggalah ibu bapa demi memastikan kejayaan anak-anak ini,” katanya ketika berucap di SMK Pendeta Za’ba sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri disini.

Dalam pada itu, Aminuddin turut meluangkan masa bertemu para guru bagi mendengar sendiri cabaran yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat, pihaknya akan membantu sebaik mungkin dalam ruang yang ada, namun peranan utama tetap terletak kepada pihak sekolah sebagai penggerak utama pendidikan.

Selain itu, Aminuddin urut melawat aliran pendidikan khas dan meluahkan rasa terharu dengan persembahan pelajar semasa majlis jamuan Hari Raya sekolah. Kesempatan tersebut turut digunakan untuk berkongsi kegembiraan apabila beliau menyampaikan duit raya kepada para pelajar yang ditemui.

Aminuddin berharap agar para pelajar SMK Pendeta Za’ba terus diberikan kekuatan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu manakala para guru dikurniakan kesabaran serta keikhlasan dalam mendidik.

“Mudah-mudahan segala usaha ini membuahkan hasil yang membanggakan untuk masa depan mereka dan negeri kita,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button