Berita

Aminuddin rasmi Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Rahang

RAHANG: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Rahang yang baharu.

Aminuddin berkata, dewan terbuka ini merupakan dewan pertama di DUN Rahang yang dibina dengan peruntukan P57 berjumlah RM336,910 dan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk disiapkan

“Sebelum ini terdapat sebuah dewan kecil yang dibina 50 tahun yang lalu di atas tanah milik persendirian.

“Bangunan tersebut telah uzur dan sudah tidak sesuai untuk digunakan oleh orang ramai.

“Justeru atas rasa prihatin yang tinggi, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah meluluskan peruntukan bagi membina dewan ini.

“Besarlah harapan saya agar penduduk di DUN Rahang dapat menggunakan dewan ini sebaiknya agar keharmonian dan kesepakatan penduduk di sekitar DUN Rahang kekal terpelihara,” kata Aminuddin.

Turut hadir, ADUN Rahang, YB Mary Josephine Prittam Singh dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button