Aminuddin saran rakyat berhemah ketika berbelanja
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyarankan rakyat Negeri Sembilan berhemah ketika berbelanja dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Walaupun, kita lihat ekonomi bertambah baik dengan jumlah kapasiti eksport makin meningkat.
“Terdapat pengilang yang turut meningkatkan jumlah pengeluaran untuk memenuhi eksport.
“Namun, pendapatan rakyat masih berada di tahap yang sama dengan harga barang semakin meningkat.
“Oleh itu saya nasihatkan kepada rakyat agar berhati-hati ketika berbelanja.
“Hanya membeli barang keperluan sahaja dan bijak menguruskan kewangan,” kata Aminuddin.
Aminuddin turut menambah bahawa barangan seperti ayam tidak dapat memenuhi permintaan rakyat di negara ini.
“Kerajaan Negeri akan berusaha sehabis baik untuk membantu rakyat seperti membangunkan tanaman sayur dan ternakan haiwan.
“Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan insentif bagi mereka yang ingin memulakan pertanian,” tambah Aminuddin lagi.
Aminuddin berkata demikian di Mesyuarat Pasca Exco di Wisma Negeri pada Rabu.